Pink Paint Gradient

KURSUS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

TAHAP SULUNG

HULU LANGAT

TAHUN 2022

PERANAN PEBIMBING RAKAN SEBAYA

1

menjadi rakan yang peka terhadap perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.

2

sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan

3

sebagai khidmat sokongan,

membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

4

sebagai role model kepada pelajar lain

5

menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat

6

memberi galakan dan sokongan untuk rakan mengambil langkah positif.

PENGENALAN

Kursus ini diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 20 Oktober 2022 sehingga 22 Oktober 2022 bertempat di Ayer Keroh D'Village, Melaka. Kursus ini disertai oleh pembimbing-pembimbing rakan sebaya dari 5 buah sekolah di daerah Hulu Langat iaitu SMK Jalan Tiga, SMK Convent, SMK Kajang Utama, SMK Taman Tasek dan SMK Jalan Reko. Kursus ini bertujuan untuk melatih PRS muda ke peringkat sulung serta mengasah kemahiran kepimpinan dan kaunseling di dalam diri. Objektif kursus ini supaya PRS dapat memperoleh sesuatu yang berguna untuk menjadi seorang Pembimbing Rakan Sebaya yang berdedikasi dan berupaya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sepanjang kursus ini dalam kehidupan harian.

> Akronim PEMIMPIN

Matlamat

Perancangan

Model

Inisiatif

Monoline Arrow Simple Curve Pointy
Monoline Arrow Simple Straight
Monoline Arrow Simple Curve Pointy
Monoline Arrow Simple Curve Short
Yellow Highlight Line  Stroke Decoration

P E M I M P I N

Monoline Arrow Simple Curve Short
Monoline Arrow Simple Curve Short
Monoline Arrow Simple Curve Short
Monoline Arrow Simple Straight

Nilai

Proaktif

Efisien

Integriti

> Kenderaan masa hadapan

Dengan arus pemodenan yang kian merangkumi dunia kini, kami bersama-sama mencipta pelan kenderaan masa hadapan berdasarkan kriteria yang sesuai. Kami memilih konsep kereta api sebagai asas kepada kenderaan kami ini. Menggunakan imaginasi, kreativiti dan pemikiran aras tinggi, kami berjaya menghasilkan satu model kereta masa hadapan seperti berikut.

selama 3 hari 2 mAlAm menjalankan kursus di Melaka , kami telah menyelesaikan tugasan di :

Abstract Gradient Shape
Abstract Gradient Shape
Abstract Gradient Shape

kami telah berjaya menyelesaikan kesemua aktiviti YANG diberikan

Abstract Gradient Shape

> KEBERADAAN PRS DI SMKA SHARIFAH RODZIAH

Semasa kami melawati SMKA SHARIFAH RODZIAH, kami telah diberikan tugasan untuk menghasilkan poster digital mengenai isu-isu antara PRS dan disiplin rakan sebaya serta strategi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS dan cadangan yang berkesan bagi membantu rakan-rakan yang mempunyai masalah disiplin.

Abstract Gradient Shape
Abstract Gradient Shape
Abstract Gradient Shape
Abstract Gradient Shape
Mouse Cursor Icon

> AKTIVITI PRS DI RUMAH SRI KENANGAN CHENG

Heart Zigzag

Selepas melawati SMKA Sharifah Rodziah, kami berpeluang melawat Rumah Sri Kenangan Cheng. Kami berada di sana selama beberapa jam dan telah melakukan pelbagai aktiviti bersama penghuni iaitu atuk dan nenek di sana. Segala memori sudah kami filemkan menjadi satu video seperti yang di bawah. Video ini menjadi bukti betapa seronoknya kami semasa di rumah tersebut. Tidak lupa juga, kami amat menghargai atuk dan nenek yang sudi menerima kami sebagai pelawat.

Video

Heart Zigzag
Heart Zigzag
Heart Zigzag

> MALAM KEBUDAYAAN

Bold Fun Border Line
Bold Fun Border Line

Malam kebudayaan ini diadakan pada 21 Oktober 2022. Sehari sebelum majlis ini dilangsungkan, Semua ketua kumpulan telah berbincang tentang konsep dan tema yang sesuai bagi malam kebudayaan ini. Ketua kumpulan kami telah memilih tarian tradisional India untuk persembahan kumpulan kami. Kami diberi masa untuk berbincang, berlatih dan bersedia dengan tarian untuk dipersembahkan pada malam tersebut. Malam kebudayaan ini amat bermakna untuk kami kerana telah memberikan peluang untuk berkomunikasi dengan baik bersama ahli kumpulan kami, bekerjasama dan bersetuju dengan satu idea berdasarkan tema yang dipilih.

Selepas tamat malam kebudayaan, iaitu pada jam 11 malam, kami diberi peluang untuk pergi ke uptown yang terletak di hadapan tempat penginapan kami tetapi dengan satu syarat. Kami diberi masa selama satu jam untuk mencari makanan percuma sebagai salah satu cabaran dalam kursus ini. Kami berjaya mendapatkan nasi goreng percuma daripada seorang penjual yang sangat baik hati. Dari cabaran ini, kami mempelajari pentingnya komunikasi dua hala dalam kehidupan.

YouTube

Abstract Gradient Shape

> LAWATAN KE IPG PEREMPUAN MELAYU MELAKA

IPG Perempuan Melayu Melaka merupakan lokasi terakhir kami. Semasa kami di IPG Perempuan Melayu Melaka, kami berpeluang untuk melawat muziumnya. Banyak pengetahuan baharu yang kami dapat tentang sejarah guru-guru dari IPG ini. Contohnya, kami dapat melihat tempat penginapan mereka dan banyak barang terdahulu yang tidak dipakai lagi yang dipamerkan di situ. Kami sangat menghargai peluang yang diberi untuk melawati tempat yang unik seperti ini.

TikTok

Abstract Gradient Shape
Abstract Gradient Shape

Kursus ini telah memberi banyak pengalaman dan pengajaran buat kami semua. Kami dapat berjumpa dan berkenalan dengan rakan baharu dari sekolah-sekolah lain. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa kursus ini menyebabkan hubungan kami antara PRS semakin erat. Walaupun setiap kumpulan terdiri daripada PRS dari sekolah yang berbeza, ianya tidak menghalang kami untuk terus bekerjasama melaksanakan tugasan yang diberi. Dari kursus ini, kami belajar untuk tidak malu menyuarakan pendapat dan mendengar pendapat individu lain.


Ketika kami ditimpa masalah, kami bersama-sama berusaha memikirkan penyelesaian yang rasional. Tidak lupa juga semasa di Rumah Orang Tua, kami berpeluang melayan dan meluangkan masa bersama atuk dan nenek di sana serta melihat pelbagai karenah mereka. Selain itu, Kami belajar betapa pentingnya menepati masa. Jika tidak mengikut jadual yang diberi, kesemua rancangan akan semakin tertangguh dan seterusnya melambatkan urusan. Di samping itu, setiap individu mesti mempunyai sifat bertanggungjawab. Bertanggungjawab menjaga harta benda sendiri dan tidak mengambil mudah atas amanah yang diberi. Walaubagaimanapun, kami telah belajar dari kesilapan dan pengalaman sepanjang kursus ini.

Purple Brush Swashes

Kesimpulannya, banyak faedah dan pengalaman yang kami peroleh ketika menjalankan kursus ini , kami dapat belajar banyak perkara baharu dan kami juga bekerjasama menyelesaikan semua tugasan dengan baik .

Kami berharap agar semua PRS di luar sana menjadi contoh yang baik dan bijak dalam melakukan sesuatu perkara.

"bantu diri untuk bantu orang lain".

MOTTO PRS

Pembimbing Rakan Sebaya sedia berkhidmat

terima kasih diucapkan kepada:


Pihak penganjur

Pihak SMKA Sharifah Rodziah

Pihak Rumah Sri Kenangan Cheng

Pihak IPG Perempuan Melayu Melaka

serta guru-guru dan PRS yang turut serta

disediakan oleh kumpulan 6:

Ku Nur Awadah

Low Shan Yie

Nursyaza Yasmine

Nureen Jazmina

Harishni

Fatin Adreana

Sharifah Nur Batrisyia

Nur Adriana Najwa

serta PRS dari SMKA Sharifah Rodziah